CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~bReadhEart~

Tuesday, 11 November 2014

pErsediaan bOrang kahwin!!

Holla uolls.!
so arini moodmod untuk becerita hai borang2 yang perlu disediakan jika mahu bernikah di Johor Area,
Orang kate mmg agak rumit.tapi jika dilihat n di timbang2 ade sonang ade payahnya..
haaaa mai cik mimie mahu bercerita

permohonan kebenaran nikah (Johor)

Borang permohonan
kebenaran nikah biasanya perlu dihantar ke pejabat kadi daerah dalam masa,
paling awal tiga bulan sebelum atau paling lewat dua minggu sebelum tarikh yang
dipilih untuk bernikah. Jadi sebenarnya takda lah kalut sangat nak uruskan
perkara ni. Rajin malas je.

Kalau macam kes aku ni,
cik abe org klantan, jadi dia kena uruskan borang permohonan dia di pejabat daerah
sana dan kemudian Surat/Sijil Kebenaran Berkahwin diluar Bidangkuasa akan dikeluarkan.
Jadi cik abe kena pass kan semua dokumen borang permohonan nikah beliau dan
sijil kebenaran nikah tadi pada aku, baru la aku boleh hantar bersama-sama
borang aku plak ke pejabat kadi. Hantar sendiri je, dia tak perlu ada
sama. 

Tapi oleh kerana cik abe dah duduk johor lebih 10year..so mintak Tok penghulu keluarkan borang untuk bermastautin johor jelah.sbb susah kan nk ke kelantan pegi balik sebab nk uruskan dokumen tu.



Antara dokumen yang
diperlukan untuk hantar borang kebenaran nikah
:

1. Slip permohonan
(cetak online)

2. Senarai semak wali (cetak online)


3. Senarai semak dokumen pelanggan (cetak
online)


4. Pengesahan saksi permohonan (cetak online)

Saksi untuk permohonan ni mestila bukan dari
kalangan ahli keluarga ya.
Tidak hadir semasa mjlis nikah pon boleh.Hanya pengesahan borang. 

5. Kad
pengenalan
Pemohon
(asal & salinan)
- Pasangan (salinan)
- Wali (salinan)
- 2 orang saksi (salinan)

6. Surat akuan bujang

- Boleh dapatkan daripada majikan atau ketua/penghulu kampung.
Inilah paling susoh nk dapatkan.sebb tok tu asyik bz aje lahai..kene ikut time dye.mase aq kene kol 10am.so kene rush keluar kejarnye.
Tok hulu Mukim Masai : Roslan  

7. Sijil kursus pra-perkahwinan
(asal & salinan)
-Mesti sijil yang belum
pernah digunakan untuk memohon kebenaran nikah. Sijil ni xboleh laminate sebab
akan dicop semasa permohonan nanti.

8. Surat kebenaran
berkahwin diluar bidang kuasa
-Jika
pasangan adalah dari luar daerah atau negeri sahaja.

9. Borang ujian HIV
Mesti
dapatkan dari pejabat agama johor shj.

10. Sijil nikah ibubapa
- Sijil nikah ni
diperlukan sekiranya pemohon ialah anak perempuan sulung. 
Aku sertakan juga sijil
ni walaupun aku bukan anak perempuan sulung. Just in case...


Bila dah lengkap semua
dokumen, baru la boleh hantar ke pejabat kadi daerah untuk ditemuduga...smoga berjaya! 










0 comments: